Salam...
Pertama skali saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah membuka pintu rezeki untuk kami menjalankan perniagaan, dengan limpahan kesihatan yang baik dan masa sengkang yang ada, saya dan suami memulakan perniagaan NangkaMadu 911.
Kenapa saya namakan NangkaMadu 911? ini bersempena dgn kelahiran putera istimewa kami yang lahir pada 11 Sept 2011.
Hari pertama, jualan saya, cuma RM73. Alhamdulillah sesungguhnya walaupun di luar jangkaan saya, kerana saya menjangkakan akan mendapat lebih lagi..tapi syukur tetap ada rezeki..
Gerai saya terletak di dlm kawasan pasar bersama dengan lot2 Ikan, Daging, Ayam dan sayur2an. Ada sebuah gerai yang menjual buah2an, tetapi lebih kepada buah2an bandar seperti epal, anggur, tembikai, lai, dll.
Hasrat saya ingin menjadikan Gerai saya ini sebagai satu lot unt memasarkan buahan2 tempatan seperti Nenas Madu, Buah Naga, Rambutan, Durian, dll. Ada gak hajat nak jual petai,
InsyaAllah saya akan kongsikan di sini gambar2 gerai dan buah2an jualan saya.
No comments:
Post a Comment