Wednesday, June 20, 2012

SOLAT SUNAT DHUHA


 Salam...

Entry 911 kali ini ingin berkongsi Cara2 Solat Sunat Dhuha,  Semoga ia dapat dijadikan panduan dan amalan sepanjang kehidupan kita yang terlalu singkat ini.

Pengenalan Solat Dhuha:
Bilangan Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha :

1. Rakaat Pertama Lafaz Niat Solat Dhuha, "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
- Lafaznya: "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
- Baca Alfatihah hingga akhir
- Baca Surah, pendek pun takpa. (lebih Afdhal jika baca surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua
- Baca Alfatihah
- Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
- Ketika sujud rakaat terakhir, baca 3x:
- Tahiyyat akhir & Beri Salam..

3. Doa Solat Dhuha

Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan sebagai amalan harian dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah swt.

Sumber entry911 : myrazis.com dan permai1.tripod.com

Klon NangkaMadu



Klon J 29 ;
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

Klon J 31;
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

Klon J 32;
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

Klon J 33;
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (Cj);
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000).



Sumber entry911 : http://www.pertanianperak.gov.my/jpp...manual-tanaman

Nangka Madu Mastura





ZAINAL ABIDIN menunjukkan nangka madu Mastura yang terhasil daripada penyelidikannya di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.



NANGKA Mastura pertama kali diketengahkan kepada umum sekitar tahun 2000. Ia diiktiraf sebagai varieti buah nangka tempatan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.
Mampu mencecah berat sekitar 20 hingga 30 kilogram (kg) sebiji selain menghasilkan ulas yang manis dan berwarna keemasan, kualiti nangka Mastura telah mengangkat nama buah tempatan.

Malah, penggemar buah-buahan tempatan yang pernah merasainya pasti bersetuju bahawa nangka Mastura merupakan nangka terbaik pernah dinikmati.
Namun, populariti Mastura menyebabkan umum kurang mengenali individu yang bertanggungjawab menghasilkan varieti nangka tersebut.

Juga digelar nangka madu, ia merupakan gabungan daripada nama Mas yang membawa maksud warna isi yang keemasan manakala tura pula membawa maksud tanaman untuk rakyat.

Ia adalah hasil ciptaan Profesor Dr. Zainal Abidin Abd. Aziz ketika beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang sekitar tahun 1980-an.
Menurutnya, varieti nangka Mastura hanya diketengahkan setelah menyempurnakan penyelidikan selama dua dekad mengenai buah istimewa itu menerusi geran penyelidikan USM bernilai kira-kira RM1 juta.

Jelasnya, pada peringkat awal kajian, beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta dari Gopeng, Perak dan mengumpulkan sembilan genetik nangka terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk dikaji.
“Daripada sampel itu, sebanyak 400 titisan genetik berjaya dihasilkan dan selepas lapan tahun kajian, enam daripadanya diperkenalkan sebagai varieti baru dengan nama CJ-1, CJ-2, CJ-3, CJ-4, CJ-5 dan CJ-6.

BERAT nangka Mastura di antara 20 hingga 30 kilogram sebiji.


“Selepas tiga hingga empat tahun ditanam dan mengeluarkan buah, orang ramai menggelarkannya nangka madu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di ladang penanaman nangka Mastura di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.

Di atas tanah seluas 12 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dijadikan tapak kajiannya, Zainal Abidin kini turut menjalankan penyelidikan 20 buah-buahan tropika lain termasuklah durian belanda, jambu air, belimbing, longan, rambutan, pulasan dan roselle.

Walaupun berjaya menghasilkan nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, namun kajian terhadap varieti nangka tidak terhenti di situ sahaja.
Menurut Zainal Abidin, sebanyak 400 titisan genetik daripada enam varieti CJ-1 hingga CJ-6 telah dikaji semula dan selepas lapan tahun, satu titisan daripadanya telah dipilih. Mengapa?
Ini kerana ia mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki iaitu mempunyai saiz buah yang besar, mengeluarkan ulas yang manis dan isinya yang keemasan.

Varieti itu diperkenalkan kepada umum dengan nama CJ/USM 2000 Mastura yang kemudiannya menerima nama jolokan nangka Mastura seperti yang dikenali pada hari ini.

Malah, nangka Mastura juga mempunyai ciri-ciri yang baik. Antaranya ialah buahnya berbau harum, isi yang tebal, buah tidak mudah rosak, pokok yang lebih tahan serangan penyakit dan berbuah sepanjang masa.
Jelasnya, pokok nangka Mastura dengan ketinggian di antara 4.5 meter hingga 5.4 meter mampu mengeluarkan buah pertama selepas 18 bulan ditanam. Ia boleh mengeluarkan dua putik buah dalam tempoh sebulan selain mampu hidup selama lebih dua dekad.

Sehingga kini, varieti nangka Mastura paling banyak ditanam di Pahang yang melibatkan keluasan ladang kira-kira 1,200 hektar manakala di Terengganu dan Selangor pula melibatkan penanaman masing-masing seluas 160 hektar yang benihnya dipasarkan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.
Isi nangka madu Mastura kuning keemasan.




Sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah dihasilkan menerusi penemuan varieti nangka Mastura, Zainal Abidin yang telah bersara sebagai pensyarah di USM masih lagi meneruskan kajiannya
.
Kini kajian terbarunya yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu sudah memasuki peringkat penilaian terhadap 200 sampel titisan yang dihasilkan daripada kacukan beberapa jenis nangka terbaik termasuklah nangka Mastura.
“Kajian terbaru saya ini dijangkakan dapat menghasilkan empat lagi baka baru nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, mungkin lebih baik daripada nangka Mastura.

“Saya jangkakan dalam masa setahun dua lagi, ia dapat diperkenalkan kepada umum untuk ditanam secara komersil di kawasan pertanian,” katanya.


Sumber entry911 : kosmo.com.my

Gerai NangkaMadu911, operasi bermula Sabtu, 16th Jun 2012

Salam...

Pertama skali saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Ilahi kerana telah membuka pintu rezeki untuk kami menjalankan perniagaan, dengan limpahan kesihatan yang baik dan masa sengkang yang ada, saya dan suami memulakan perniagaan NangkaMadu 911.

Kenapa saya namakan NangkaMadu 911?  ini bersempena dgn kelahiran putera istimewa kami yang lahir  pada 11 Sept 2011.

Hari pertama, jualan saya, cuma RM73.  Alhamdulillah sesungguhnya walaupun di luar jangkaan saya, kerana saya menjangkakan akan mendapat lebih lagi..tapi syukur tetap ada rezeki..

Gerai saya terletak di dlm kawasan pasar bersama dengan lot2 Ikan, Daging, Ayam dan sayur2an.  Ada sebuah gerai yang menjual buah2an, tetapi lebih kepada buah2an bandar seperti epal, anggur, tembikai, lai, dll.

Hasrat saya ingin menjadikan Gerai saya ini sebagai satu lot unt memasarkan buahan2 tempatan seperti Nenas Madu, Buah Naga, Rambutan, Durian, dll.  Ada gak hajat nak jual petai,

InsyaAllah saya akan kongsikan di sini gambar2 gerai dan buah2an jualan saya.